Tuesday, 15 December 2015

On 23:15 by    No comments

Sama ada anda sudah lama berkebun atau baru mula menjinakkan diri untuk berkebun, di sini kami mempunyai tips dan cara-cara untuk membantu anda untuk menghabiskan masa berkebun dengan bijak dan mungkin juga boleh menjimatkan wang anda!


  • Gunakan sabun untuk mengelakkan kotoran di bawah kuku jari anda!
    Adalah digalakkan untuk mengikis kuku anda di permukaan sabun. Cara ini dapat membantu mengelakkan tanah daripada tersangkut di bawah kuku anda selepas anda selesai berkebun. Ianya juga dapat menjimatkan masa untuk anda mencuci tangan anda!  
      •  
  • Sarung stoking diluar kaki seluar anda!
    Dengan menyarungkan stoking diluar kaki seluar anda, ianya dapat mengelakkan pasir, debu, tanah dan bendasing lain untuk masuk ke dalam kaki anda. Jadi anda tidak perlu risau tentang pacat, lintah dan lain-lain lagi!

  • Sentiasa terbalikkan kasut anda dan gunakan surat khabar lama yang direnyukkan untuk diisi ke dalam kasut selepas selesai aktiviti berkebun!
    Cara ini akan memudahkan anda untuk tidak berasa risau tentang serangga atau binatang kecil masuk dan bersarang didalam kasut anda.
      •  
  • Air rebusan sayur (bertindak sebagai baja asli)
    Lebihan air yang anda gunakan untuk merebus sayur-sayuran ketika memasak boleh dijadikan baja asli untuk tanaman anda. Tetapi pastikan anda menyiram tanaman anda selepas air rebusan tersebut sudah sejuk!
      •  
  • Uncang teh/kopi jangan dibuang begitu sahaja!
    Sekiranya anda ada menanam tanaman di dalam rumah, adalah digalakkan untuk menggunakan uncang teh/kopi sebagai pelapik kepada tanah untuk tanaman anda. Tutup lubang-lubang di dalam pasu dengan uncang teh/kopi yang telah digunakan, isi pasu dengan tanah. Tutup bahagian atas tanah tersebut juga dengan uncang supaya apabila anda menyiram tanaman anda, tanah tidak akan terkeluar dari pasu tersebut. Uncang teh/kopi juga dapat mengekalkan kelembapan tanah!
      •  

0 comments:

Post a Comment