Wednesday, 23 December 2015


Pokok sememangnya senang untuk ditebang tetapi bergantung kepada peralatan yang kita ada. Jika kita mempunyai bajet yang rendah, kapak atau parang boleh juga digunakan untuk menebang pokok. Ianya akan menghabiskan lebih banyak tenaga tetapi anggaplah itu sebagai senaman. Jika berbajet tinggi, gergaji pokok adalah pilihan yang lebih bijak. Lebih mudah dan menjimatkan masa.


Antara peralatan yang anda perlu untuk menebang pokok (asas)
- Kapak, parang, atau gergaji pokok
- Tali (tali jut/tali yang kuat adalah disyorkan

Langkah pertama - Mencari pokok untuk ditebang. 
Tiada masalah. Sebaik sahaja anda tahu bagaimana untuk memotong pokok, orang akan sentiasa meminta anda untuk memotong pokok-pokok untuk mereka (kerana mereka tidak tahu teknik yang betul).




Langkah kedua - Membuat potongan 'takik' pada pokok
Buat satu takuk besar pada batang pokok tersebut. Pastikan 'mulut' takuk tersebut menghadap arah yang anda mahu pokok tersebut jatuh. Ikat tali di bahagian atas pokok untuk membantu ia jatuh ke arah yang anda mahu


Langkah Ketiga - Membuat potongan 'takik' pada arah berlainan
Potong dari arah lain dengan takuk yang lebih besar supaya pokok boleh jatuh dengan senang.



Langkah Keempat - Menunggu pokok jatuh? 

Tarik tali yang diikat sebelum ini dan lihat ia jatuh dari jauh. Pastikan kawasan pokok itu tumbang di kawasan yang luas supaya lebih mudah untuk anda memangkas batang pokok tersebut

0 comments:

Post a Comment