Wednesday, 23 March 2016

 Memahami Baja NPK

Apakah maksud NPK di atas packaging baja? Atas packaging baja biasanya ada tertera tulisan NPK pada bungkusannya seperti N:15 P:15 K:15. NPK ialah unsur utama yang digunakan dalam baja untuk menyuburkan tanaman. NPK mewakili Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium) dan nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut.

Kadar peratusan Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K-potasium) penting untuk kesuburan tanaman dan merupakan komponen penting untuk pertumbuhan tanaman.

  • N adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage)
  • P untuk Akar Subur (Strong Root)
  • K untuk pembesaran tanaman (Healthy growth).



Nitrogen (N) yang penting dalam pembesaran daun, biasanya terdapat di dalam udara dan didalam tanah. Klorofil dalam daun adalah bahan hijau yang terdapat di dalam tumbuhan yang digunakan untuk proses fotosintesis (photosyntesis) yang dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen. Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah. Kekurangan nitrogen akan menyebabkan daun sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Jika terlalu banyak pula ia akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat menampung tahap tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tumbuh dengan tegak.


Phosphorus (P)  penting untuk pembesaran akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar. Unsur ini mempengaruhi pertumbuhan bunga. Peranan P memang signifikan didalam penghasilan bunga dan buah. Tumbuhan atau hidupan yang mereput baisanya melepaskan phosphorus di dalama tanah. Warna daun yang tidak segar atau kekuningan dan kurang berbunga menunjukkan tanaman kekurangan unsur ini.


Unsur Kalium (K) atau lebih dikenali sebagai 'Potasium' ianya adalah amat penting untuk tumbesaran keseluruhan pokok, termasuk perkembangan bunga dan buah. Unsur 'K' adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl dalam daun. Jika tanaman kekurangan kalium ia akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil serta tidak kuat untuk melawan penyakit lalu kelihatan tidak sihat. Biasanya baja ini diberikan  selepas peringkat vegetatif untuk memudahkan tanaman menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah dan udara untuk tumbesaran.



Campuran dengan Unsur Lain


Terdapat baja yang menambah unsur lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsinya. Baja ini dipanggil baja sebatian atau komposit. Ia dihasilkan melalui proses campuran fizikal dengan sejumlah kecil tindak balas kimia antara bahan-bahan asid humik, iaitu gambut yang mengandungi asid humik, dan baja organik NPK, dengan mengikut keperluan pengeluaran, dengan berkadar tertentu, kemudian campuran dikisar bersama untuk membuat bahan lebih sekata.



Sebatian Humus adalah bahan organik semula jadi yang kompleks yang terbentuk dalam tanah daripada sisa-sisa tumbuhan, melalui proses "humification". Bahan humus terhasil semasa penguraian tumbuhan dan sisa haiwan oleh mikroorganisma, dalam tanah, kompos, tanah berlumpur gambut dan lembangan air.  Asid Humik adalah istilah komersial sering digunakan untuk merujuk kepada humid dan asid fulvik n yang terdapat dalam campuran ini.


Apabila digunakan untuk tanah liat, asid humik membantu memecahkan tanah yang padat dan membolehkan penembusan air yang lebih baik serta menggalakkan pertumbuhan zon akar. Ini membantu memperbaiki struktur tanah selain ia dapat membebaskan nutrien di dalam tanah kepada tumbuhan.

Apabila digunakan untuk tanah berpasir, asid humic menambah bahan organik penting yang diperlukan untuk pengekalan air sekali gus meningkatkan pertumbuhan akar dan meningkatkan keupayaan tanah berpasir untuk mengekalkan dan tidak meleleh keluar nutrien tanaman penting.


Selain itu terdapat unsur surih yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti Boron
  • Cuper Sulfate
  • Feras Sulfate
  • Zink Sulfate
  • Manganese Sulfate
  • Molybdnum
Kandungan unsur surih ini sangat kecil namun sangat berguna dan amat penting kepada sel. Antara kebaikannya ialah:
  • Mempercepatkan aktiviti tumbesaran pada tumbuhan seperti
  • Akar, Bunga, Batang, Daun dan Buah
  • Meningkatkan kualiti dan hasil pertanian 
  • Meningkatkan kadar perahan minyak pada buah sawitMencegah tanaman dari ancaman penyakit yang berpunca dari kulat
  • dan bakteria
  • Menambahkan ketahanan dan saiz fizikal tumbuhan
  • Menyuburkan tanah ( aktif )
  • Sebagai Vitamin kepada tumbuhan dan tanah
Unsur Magnesium juga ditambah kerana ia diperlukan dalam sintesis klorofil dan untuk mengaktifkan enzim dalam sel.

Sumber rujukan utama Anim Agro Technology

0 comments:

Post a Comment