Monday, 21 March 2016

On 01:32 by    No comments
Seperti tumbuhan lain, rumput juga boleh terkena penyakit yang akan menyebabkannya mati. 3 faktor penyebab penyakit ialah hos atau perumah iaitu rumput itu sendiri, pathogen seperti kulat yang berada dalam tanah bersedia menyerang, dan keadaan sekeliling.

Biasanya penyakit datang bila rumput di bawah stress apabila berada dalam keadaan terlalu basah atau terlalu kering, atau cuaca terlalu panas atau sejuk.

Ia boleh juga disebabkan oleh keadaan tanah seperi kawasan mendak, kawasan laluan, atau kawasan redup yang mudah dijangkiti penyakit.

Penjagaan yang salah seperti pemotongan rumput terlalu rendah atau terlalu banyak penyiraman, atau baja yang tidak cukup atau terlebih cukup, atau tanah tidak digemburkan lalu jadi mampat, juga mengundang penyakit.

Kulat


Kebanyakan penyakit rumput adalah disebabkan oleh kulat kerana ia tidak mempunyai klorofil yang diperlukan untuk membuat makanan sendiri seperti tumbuhan lain melalui proses fotosintesis. Ia tersebar melalui angin, air , seranggan atau haiwan, dan manusia. 

Kulat jenis saprofit yang menghinggapi rumput biasanya makan bahan organic yang dah mati atau dah reput seperti akar, batang atau daun yang dah mati. Kulat jenis ini dianggap sebagai bermanfaat kerana ia membantu dalam pereputan. Kulat parasit pula boleh menyebabkan kemusnahan rumput.

Virus

Virus adalah ejen penyakit, tetapi penyakit yang disebabkan virus tidak banyak. Ia adalah organisma sub-mikroskopik yang tiada sel dan bersaiz partikel. 

Ia memerlukan hos untuk membiak dan ia menyebabkan penyakit kerana ia akan merosakkan proses kehidupan biasa sel tumbuhan.

Penyakit dari virus ini akan menyebabkan kekurangan zat, masalah genetik, kecederaan kimia dan lain lain.

Gambar ehsan PnW Handbooks.

Bakteria


Juga tidak banyak penyakit disebabkan oleh bakteria, sejenis mikro-organisma satu-sel, ia membiak dengan pembelahan. 

Jenis serangan bakteria boleh dilihat dengan munculnya bulatan-bulatan rumput mati. Ia menyerang apabila rumput mendapat kurang cahaya. Ia masih boleh dikawal dengan mengelakkan kecederaan ke atas atas rumput yang boleh menyebabkan bakteria masuk ke dalam rumput.

Ganbar ehsan GreenLeeves Lawncare

Nematoda


Nematoda adalah agen penyebab penyakit yang penting untuk rumput. Adalah sejenis cacing mikroskopik yang tinggal dalam tanah dan makan akar tumbuhan.

Kerosakkan yang disebabkan oleh nematoda adalah seperti pembajaan yang tidak seimbang, melecur, saliran yang tidak baik, kemarau atau serangan oleh serangga lain yang mahu memakan nematoda.

Kerosakan yang disebabkan oleh nematoda adalah sangat minor kerana populasinya yang kecil, tapi mereka mungkin akan melemahkan rumput dan tempat mereka masuk ke dalam rumput atau bahagian rumput yang mereka makan boleh menjadi tempat kulat atau bakteria masuk.

Gambar ehsan sentiasapanas.coms


Berikut adalah tanda-tanda dan simptom rumput diserang penyakit:

  • Daun bertukar warna dari hijau ke kuning, kemerahan dan kemudiannya mati 
  • Dengan menggunakan kanta pembesar, anda boleh liha bintik-bintik, tanda seperti melecur, garis-garis kuning di atas duitnya. 
  • Akarnya mereput. 

Rawatlah rumput anda dulu dengan racun kulat spektrum lebar jenis sentuhan. Peracunan disarankan sebanyak tiga kali semburan dengan jarak 7 – 10 hari di antara semburan. Di antara semburan kedua dan ketiga itu lah anda cuba untuk mengenali dengan tepat jenis penyakit dan gunakan racun yang khusus untuk penyakit tersebut.

Sumber rujukan dari Pakar Rmput (mynormas.com), gambar ehsan Custom Spray Inc.

0 comments:

Post a Comment