Sunday, 27 March 2016

Edwin Beard Budding (1795-1846) Pencipta Mesin Pemotong Rumput

Edwin Beard Budding, yang lahir tahun 1830, di Kota Stroud, Gloucestershire, England, sejak kecil beliau telah memiliki bakat sebagai seorang pencipta. Orang tuanya adalah petani kampung. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang miskin, orang tuanya tetap menghantar beliau belajar sehingga beliau berjaya menjadi seorang jurutera. Ketika beliau bekerja di kilang kain di Chalford dalam tahun 1927, dia yang sibuk dengan kerjanya sebagai pemotong kain dan mengendalikan mesin potong kain, masih sempat berfikir untuk mencipta sesuatu yang berguna untuk masyarakat.

Lalu beliau mendapat idea untuk mencipta mesin rumput menggunakan teknologi yang sama iaitu mata pisau besar berbentuk silinder yang diubah kepada bentuk roda yang boleh berpusing. Bersama John Ferrabee sebagai pelabur dalam projek ideanya itu, yang juga seorang jurutera, beliau mencipta mesin rumput dalam sebuah kilang di Stroud, tempat asalnya.

Pada 25 Oktober 1830, akhirnya dia berjaya menghasilkan mesin rumput lalu mematenkan ciptaannya di England.

Pada 1831, untuk pertama kalinya, mesin pemotong rumput ciptaan Budding diuji applikasinya di taman Zoological England. Hasilnya cukup memuaskan. Dalam tahun yang sama, kilang Budding mengeluarkan mesin ini secara besar-besaran dan berjaya jual sebanyak 1000 unit. 10 tahun kemudian, Budding mengeluarkan inovasi mesin potong rumput yang menggunakan tenaga kuda.

Berbekalkan idea baru dan kecanggihan teknologi, banyak lagi ciptaan dan inovasi baru dalam pembuatan mesin rumput yang dikeluarkan oleh kilang Budding. Akan tetapi, tanpa sebab yang pasti kilangnya jatuh bankrup pada tahun 1863.

Edwin Beard Budding meninggal dunia pada tahun 1846 disebabkan penyakit stroke. Atas jasa dan sumbangannya, model pertama mesin pemotong tersebut diabadikan di Museum Stroud, museum ilmiah London, dan Museum Milton Kyenes.

The Budding Foundation.co.uk

Sumber Pikiran Rakyat (Indonesia), 18 September 2008

0 comments:

Post a Comment