Thursday, 17 March 2016

Air adalah sangat penting kepada semua jenis kehidupan, termasuklah kita manusia. Maka, air  juga merupakan salah satu elemen penting untuk kesuburan rumput anda. Ada masanya rumput tidak dapat air secukupnya seperti di musim kemarau,kurang hujan atau cuaca yang terlalu panas. Dalam keadaan ini penyiraman yang lebih intensif dan kerap diperlukan.

Namun perlu diingatkan, janganlah kita berpendapat bahawa air yang banyak sentiasa baik untuk rumput. Ini kerana keadaan air berlebihan yang menyebabkan air bertakung juga tidak bagus untuk rumput, kerana ia adalah rumput, bukan teratai mahupon padi. Ada jenis rumput yang senang mati jika terlalu banyak air. Secara amnya, rumput yang tidak perlu cahaya matahari yang banyak, tidak boleh disiram dengan air yang terlalu banyak.

Berikut adalah sedikit tips berguna untuk menyuburkan rumput anda:


Penyiraman rumput perlulah sekurang­-kurangnya 2 kali sehari, seeloknya pagi dan petang.

Elakkan waktu malam kerana ia akan memerangkap lembapan berlebihan untuk waktu yang panjang yang akan mendatangkan penyakit kepada rumput seperti fungus dan algae yang akan menyebabkan rumput mati.


Gunakan water sprinkler untuk penyebaran air yang rata dan luas. Automatic watering system juga sesuai bagi mereka yang sibuk. Elakkan water sprinkler yang menyebarkan air yang terlalu halus seperti mist untuk mengelakkan pembaziran air. Boleh juga hubungi kami untuk perkhidmatan pemasangan water sprinkler di laman rumah anda (kawasan sekitar Kedah dan Pulau Pinang).


Pembajaan rumput juga penting selain air. Pastikan pembajaan dilakukan 2 atau 3 bulan sekali, bergantung kepada spesis rumput anda. Baja organik adalah yang paling sesuai dan anda boleh dapatkannya dari kami.

Jenis tanah juga mempengaruhi jumlah air yang diperlukan semasa penyiraman rumput. Tanah yang berpasir dan kasar mudah menyerap air tetapi tidak menyimpannya dengan lama jadi tanah ini perlu banyak air. Bagi tanah loam atau tanah kebun dan tanah liat, air tidak perlu terlalu banyak.

Penyiraman rumput atau tanaman di waktu tengahari atau panas terik tidak disarankan kerana air yang disiram mudah disejat atau evaporated, dan berkemungkinan air yang disiram menjadi panas dan merosakkan rumput anda.

Seeloknya siraman dilakukan pada waktu pagi , dari pukul 6 hingga 8 pagi.

Pastikan penjagaan rumput dari segi penyiraman dan pembajaan tidak diabaikan, kerana proses tanam semula lebih tinggi kosnya dari kos penjagaan.


0 comments:

Post a Comment