Sunday, 20 March 2016

Keadaan Rumput ketika cuaca panas- Gambar dari Era.fm

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutama di utara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak disebabkan oleh fenomena El-Nino dan bukan equinox seperti didakwa sesetengah pihak.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengatakan suhu permukaan laut di Tropika Pasifik menunjukkan keadaan El-Nino kuat kini sedang melemah dan dijangka berakhir menjelang pertengahan 2016."-MYNEWSHUB.CC, Mac 2016

Malaysia sedang melalui fenomena El Nino ketika ini dan dijangka sehingga bulan Jun. Cuaca panas ini menyebabkan keadaan atmosfera kering dan air mudah disejat dan penyahidratan (dehydration) senang berlaku. Keadaan ini menyebabkan tanaman mudah rosak dan mati, termasuklah rumput kerana panas dan kekeringan yang melampau.

Teknik penyiraman yang berbeza perlu dilakukan dalam menghadapi keadaan cuaca terlampau panas dan kering seperti sekarang.

Anatomi rumput. Gambar dari HowStuffWorks.

Dehidrasi menyebabkan tumbuhan tidak mempunyai air yang cukup di dalam selnya. Ini menyebabkan rumput menjadi dorman, iaitu bila tumbuhan berhenti bercambah dan tumbuh. Maka kesannya keadaan rumput akan nampak kehitaman terutamanya tempat yang sering dipijak (laluan). Daun akan mati namun akar tajuk atau crown roots masih mampu hidup sehingga 3-4 minggu tanpa siraman. Manakala akar rambut akan cuba mencari air dengan tumbuh dengan lebih panjang.

Untuk mengelakkan akar tajuk itu mati, siram lah dengan air yang banyak (tinggi 0.5 inci) pada minggu ketiga. Dalam keadaan ini, penyiraman tidak patut dibuat secara berjadual tetapi haruslah dibuat dengan melihat keadaan rumput dan mengenalpasti keperluannya. Penyiraman yang salah waktu boleh menyebabkan akar rumput pendek kerana ia senang dapat air. Tanah yang lembab akibat terlalu banyak siraman pula boleh mengundang penyakit dan lumut.

Terdapat dua jenis siraman dalam menghadapi keadaan panas melampau ini, iaitu:

  1. Siraman untuk menghidratkan rumput:
Kuantiti air yang diperlukan oleh rumput ditentukan oleh:
·         Jenis rumput.
·         Ketinggian potongan rumput.
·         Penggunaan- banyak “wear & tear” memerlukan penyiraman yang kerap dalam kuantiti sedikit kerana rumput yang masih basah apabila digunakan (untuk laluan pejalan kaki atau bersukan)akan senang rosak.
·         Jenis tanah- Rumput yang tanahnya berpasir kasar memerlukan air yang banyak kerana ia tidak menyimpan air dengan lama berbanding dengan tanah seperti tanah loam yang pasirnya halus.

  1. Siraman untuk menyejukkan kanopi rumput:
    • Akar rerambut adalah sensitif dan banyak terdapat di bahagian lapisan tanah paling atas. Akar rerambut inilah yang digunakan untuk menyerap nutrien dan air. Oleh itu, suhu yang tinggi di permukaan tanah mampu merosakkan akar rambut dan kemudian akar biasa dan seterusnya membantutkan proses rumput menyerap nutrien dan air.
    • Penyiraman kanopi adalah untuk menurunkan suhu kanopi dan lapisan tanah bahagian atas. Siraman ini kurang dari siraman penghidratan, ratio siraman kanopi ke siraman penghidratan ialah 1:10.
Penyiraman padang rumput yang mula kering secara manual- Gambar dari Astro Awani
Dalam keadaan cuaca panas yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, dapat disimpulkan bahawa teknik penyiraman adalah berbeza dari waktu biasa. Penyiraman perlu lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang tidak sebanyak biasa (hingga bertakung). Ini adalah untuk memastikan suhu tanah rumput tidak terlalu panas sehingga merosakkan akar rumput dan teknik ini akan membuatkan akar tumbuh memanjang untuk mencari air dengan sendiri, tanpa bergantung sepenuhnya dengan siraman. Selain itu, adalah penting untuk anda memeriksa rumput anda dan lebih peka dengan keadaan rumput untuk mengenalpasti keperluan rumput anda.

Perlu dingatkan, bagi rumput yang baru dipasang atau ditanam, penyiraman penghidratan atau penyiraman intensif adalah diperlukan untuk menggalakkan penumbuhan akar dalaman (deep root growth).

Tips penyiraman secara umum boleh dirujuk di entry terdahulu.

Sumber rujukan utama : mynormas.com



0 comments:

Post a Comment