Wednesday, 20 April 2016

On 02:10 by    No comments
Picture taken from The Mini Garden Guru
Memiliki taman indah adalah impian kebanyakan dari kita sejak kecil. Akan tetapi untuk memiliki atau menguruskan taman bukanlah mudah. Salah satu cara merealisasikan impian dan minat itu ialah dengan membuat miniature garden atau kebun miniature. Lagipun, bak kata orang putih; “Big things come in small packages.” Ianya seperti taman sebenar cuma ia dalam saiz kecil dan mudah urus, dan lebih mudah untuk memenuhi idea taman imaginasi kita.
Miniature garden yang diletakkan outdoor. Sumber Sortra.

Miniature garden yang diletakkan indoor. Sumber Studio.M

Taman miniature ini biasanya dibina dari pokok kecil dan pokok renek yang kerdil. Pokok kerdil yang terpilih ini tumbuh dari 1 inci hingga 6 inci setahun. Pokok kerdil ini akan dipasangkan dengan tumbuhan merayap lain yang kecil daunnya dan lambat tumbuh dan mempunyai persamaan dari segi keperluan cahaya, air dan kedudukan (di mana taman miniature ini akan diletakkan,i.e. banyak cahaya atau redup).

Tumbuhan untuk taman miniature biasanya disusun dengan aksesori dan patio dengan saiz yang sama untuk nama lebih proportionate dan lebih real, hidup dan berinteraksi bersama-sama dalam bekas atau atas tanah selama beberapa tahun dengan penjagaan yang minimum. Jika ditanam dengan betul, tumbuhan serta pokok ini akan kekal dalam saiz yang padan sesama mereka untuk kelihatan hidup seperti taman sebenar.

Sejarah mengatakan bahawa Anne Ashberry, pemilik sebuah nurseri di Essex, England, yang memulakan pembinaan miniature garden dalam tahun 1950-an.


Buku original tulisan Anne dijual di Amazon UK.

Pada mulanya beliau membina taman miniature ini di tepian jalan atau kaki lima untuk membolehkan orang kurang upaya dan warga tua untuk berkebun dengan mudah dan selesa. Beliau juga menghadiahkan taman-taman kecil itu kepada mereka yang tinggal di apartment atau rumah yang mempunyai balkoni dan halaman kecil.

Mereka yang lebih sihat dan berupaya ini juga mula tertarik dengan taman-taman kecil Anne. Anne biasanya menanam alpines dan conifers yang lambat tumbuh dan juga pelbagai jenis bunga rose. Beliau juga menghiasi taman kecilnya dengan dinding, lorong berpavement, jambatan dan patung skulptur. Hasilnya yang menarik dan tidak kelihatan pelik atau over-do, malah nampak sangat iras taman landskap sebenar yang terjaga, dipamerkan di sekitar England. Puteri Elizabeth juga pernah menerimanya sebagai hadiah.

 Ia sebenarnya bukanlah trend baru di sana, cuma ia kembali dihidupkan semula  di negara Barat dan mula sedikit demi sedikit diterima di Malaysia. Berkebun dalam skala kecil ini tetap memerlukan disiplin dan menggunakan prinsip ilmu landskap yang sama dari segi placement and proportion (penempatan dan bahagian), pengetahuan tentang tumbuhan serta penjagaannya.

Contoh yang comel dari Two Green Thumbs
Maka sekarang tiada alasan lagi untuk anda melupakan impian anda untuk mengusahakan taman mengikut imaginasi anda. Miniature garden is still a garden.

0 comments:

Post a Comment