Thursday, 21 April 2016

On 01:09 by    No comments

Orang tera ja ka boleh buat terrarium? 

Terrarium adalah miniature garden dalam balang kaca. Ia seperti aquarium yang bukan untuk ikan, tapi untuk tumbuhan. Seperti aquarium, ia memang kelihatan cantik dan sangat sesuai dijadikan sebagai hiasan dalam rumah. Ia membantu memberi ruangan dalaman rumah anda nampak lebih "hidup" dan segar, selain ia juga membekalkan oksigen kerana tumbuhan yang digunakan ialah tumbuhan hidup.
smile emoticon
Cara membuatnya juga agak mudah, cuma anda perlu mencari perkakas dan barangan yang diperlukan seperti:
  • Balang kaca
  • Potting soil atau tanah berbaja
  • Moss atau rerumput (optional)
  • Figurines, sticks atau barang hiasan (optional)
  • Tumbuhan kecil
  • Scoop, sudu atau shovel kecil
  • Gunting
  • Gloves 
Pemilihan tumbuhan juga penting. Tumbuhan yang paling sesuai adalah jenis succulent, iaitu yang menyimpan air di dalam batangnya seperti kaktus dan aloe vera. Mudah untuk menjaga tumbuhan begini selain bentuknya yang kecil yang sesuai untuk terrarium.  Tumbuhan ini tidak memerlukan perhatian yang terlalu banyak, cukup dengan penyiraman dalam bentuk mist atau spray seminggu sekali untuk terus hidup. Succulents memang sejenis tumbuhan yang dapat bertahan pada musim kemarau kerana ia menyimpan air di daun, batang ataupun pada akarnya.


Tumbuhan herba juga boleh dipilih kerana berdaun kecil dan bersaiz kecil, seperti cilantro, oregano, parsley, atau Asian-herbs, pegaga?

Cara-cara DIY Terrarium

Masukkan pasir biru dan batu sebagai base dan untuk drainage/pengairan.

Masukkan tanah baja (e.g. potting soil) setinggi minimum 10cm dan susun tumbuhan yang mahu ditanam.

Tolak akar tumbuhan ke dalam tanah dengan menggunakan kayu atau chopstik. Seeloknya susun tumbuhan yang lebih tinggi di belakang, dan yang rendah di hadapan.

Masukkan pasir halus untuk mencantikkan lagi permukaan tanah dengan funnel. Siram dengan spray atau mist seminggu sekali.
Siap..menarik kan?

Seperti berkebun pada skala biasa, jika anda sudah ada bahan-bahan asasnya, bolehlah anda cuba seni terrarium ini pula. Selamat mencuba!


Sumber dari Better Homes and Garden.

0 comments:

Post a Comment