Friday, 15 April 2016

On 01:16 by    No comments
Ada kisah menarik tentang seorang pekebun bandar ini yang mula berkebun setelah dengan tidak sengaja menanam pokok rambutan, tomato, betik dan timun di belakang rumah.

Bagaimana dengan tidak sengaja?

Seperti kebanyakan orang, beliau juga sering mencampakkan biji-biji buah dan sisa-sisa buah dan sayuran yang merupakan makanan kepada sugar glider peliharaannya ke belakang halaman rumah. Beliau juga membersihkan sangkar sugar glidernya di situ, di mana mungkin terdapat sekali "baja organik" dari sisa perkumuhan atau najis binatang itu yang mambantu menyuburkan tanah kawasan tersebut. Tanpa disedari, selepas beberapa ketika pokok-pokok buah dan sayur itu mulai tumbuh. Dari situ beliau berminat untuk menanam banyak lagi tumbuhan (sebab tangannya menjadi!). Beliau mula memindahkan tanaman yang mulai tumbuh itu ke dalam poly bag dan muncullah idea dan semangat untuk berkebun.

Pelbagai tanaman buah dan sayuran di kebun pemilik blog Si Lampu Neon
Pekebun bandar ini adalah seorang cikgu yang mengajar di sekolah cina di Kuala Lumpur. Jika anda melawati blog beliau, anda boleh lihat beliau sangat berminat dengan sugar glider dan memasang impian untuk membina mini zoo untuk sugar glider yang dibela beliau.
Capsicum yang tumbuh sihat subur hasil tanaman beliau.

Beliau bercadang untuk menanam pokok bunga pula selain dari tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang beliau sudah mahir. Lawati blog Si Lampu Neon ini sebagai sumber inspirasi anda yang tinggal di bandar serta mempunyai halaman untuk memanfaatkan halaman anda dengan mengusahakan kebun mini.

*Semua gambar diambil dari blog Si Lampu Neon.

0 comments:

Post a Comment