Tuesday, 12 April 2016

On 01:54 by    No comments
Apa yang boleh anda buat kalau anda terpaksa tinggal sebelah dengan jiran yang kurang ramah dan mesra dengan anda, atau jiran yang suka menyibuk hal anda, atau jiran yang terlalu bising, atau anda hanya inginkan privacy, walaupon tinggal di rumah yang agak rapat antara satu sama lain?

Tak cukup tinggi pagar ye bang..
Ataupun anda idamkan pemandangan menarik bila lihat ke luar rumah, bukanlah setakat tempat parking kereta, atau pokok mati?

Gambar dari SelangorKini
Membina tembok batu tinggi ada juga hadnya. Panas pun boleh jadi melampau kalau rumah dikelilingi tembok kan? Di sini lah gunanya tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Banyak faedah kan tanaman ni? Di sini kami tampilkan beberapa idea untuk mengubah halaman atau patio anda menjadi lebih menarik dan berprivacy.

Image: Jo Macalik
Idea ini mencadangkan anda menanam pokok menjalar di pagar untuk lebih coverage dan privacy. Tapi maklumkan kepada jiran dulu ya kalau pokok itu ada kemungkinan tumbuh di kedua-dua bahagian pagar.


Image: Heather at New House New Home
Partition kayu ini nampak stylo dan vintage, tambah dihiasi bunga-bunga, tidaklah bosan berhadapan pagar besi yang sangat terbuka. Ini sesuai untuk ruangan terbuka yang tidak begitu panjang atau besar kerana partition ini biasanya datang dalam 4-5 panel sahaja.



Gambar dari marthastewart.com
Idea dari Martha Stewart , dengan menggunakan rain gutter sebagai pasu atau bekas untuk menanam pokok renek dan gantung sebagai privacy screen.


Sumber GardenCams
Konsep seperti langsir, tapi menggunakan pokok bunga seri pagi yang menjalar dari bawah , ia ditanam dalam bekas tanaman sebagai pasu, dan pasang tali pekebun ke atas supaya pokok ini boleh menjalar ke atas seperti langsir.


Sumber Houzz
Idea ini juga menarik, dengan menggunakan panel artistik yang diperbuat daripada bingkai kayu dan isi dengan jaring, atau fabrik mesh atau kain.

Sumber MamimaGarden
Pintu lama yang dipasang engsel (door hinge), berfungsi lebih kurang seperti partition kayu. Dihiasi dengan gantungan dam susunan pasu-pasu pokok kecil , ruang laman anda akan nampak lebih dramatik selain memberi lebih privacy.

Sumber MamimaGarden
Garden container, atau bekas tanaman juga boleh digunakan untuk tanaman pokok seperti buluh yang akan menambah elemen taman moden. Dan dengan menggunakan bekas seperti ini, nanti senang untuk diubah jika anda mahu reka semula landskap atau halaman anda.

Banyak lagi idea menarik untuk menambah privacy untuk taman dan halaman rumah anda menggunakan tumbuhan atau berasaskan papan yang lebih menyejukkan dan jimat kos berbanding tembok batu. So just explore your creativity to transform your house!

0 comments:

Post a Comment