Friday, 29 April 2016

On 05:42 by    1 comment
Kami memahami kehendak dan permintaan sebahagian dari pelanggan kami yang mahu memasang atau menanam rumput segera sendiri untuk menjimatkan kos, atau kerana kawasan yang mereka mahu tanam itu kecil maka mereka mampu buat sendiri atau pelanggan memang jenis yang suka aktiviti berkebun.

Maka di sini kami sediakan panduan menanam rumput segera dengan betul. Sila ikut panduan dan tips yang diberikan ini untuk memastikan rumput anda tumbuh dengan baik, kalau tak, jangan salahkah kami ya!


Perkara pertama yang anda perlu ingat ialah, anda perlu menanam rumput segera di hari yang sama anda terima rumput tersebut. Jika berbaki dan anda tak sempat siapkan dalam sehari, sila tutup rumput tersebut dengan plastik atau kain dan basahkannya (paling cepat kering ialah rumput paling atas) untuk mengelakkan rumput kering atau mati. Jangan biarkan rumput segera itu berlonggok tanpa ditanam lebih dari 3 hari atau ia berkemungkinan besar akan mati.

1-Keadaan Tanah dan Kawasan
Pertama sekali anda harus periksa keadaan tanah untuk mengenalpasti jenis tanah, supaya dapat menentukan kesesuaiannya dengan rumput; samaada perlu tambah pasir atau tanah lain untuk subur seperti tanah loam atau tanah baja. Keadaan kawasan juga penting, iaitu anda perlu memahami samaada ia kawasan yang redup atau sering mendapat pancaran langsung dari matahari, untuk mengetahui rumput mana yang sesuai. Semak sedikit panduan berkenaan jenis rumput dan kesesuaian kawasan di sini.


2-Buang Rumput Lama
Rumput lama yang tumbuh jarang dan rosak yang anda tidak mahu lagi, dan juga rumput liar perlu dicabut dari akarnya untuk memastikan ia tidak hidup lagi. Anda boleh cabut dengan tangan atau cangkul untuk mengeluarkannya dari tanah.




3-Bajak Tanah

Tanah yang mampat akan menyukarkan akar untuk bercambah dan menembusi tanah untuk menyerap nutrient dan air. Ia juga penting untuk aerate tanah atau dalam kata lain men-angin-kan tanah. Maka tanah perlu digemburkan supaya rumput dapat hidup.


4-Ratakan Pasir

Pasir ditambah untuk meratakan tanah dan supaya menjadi lapisan kepada akar rumput. Dengan meratakan selapis pasir atas tanah, benih atau baki akar rumput liar dan rumput lama tidak dapat tumbuh kerana tidak mendapat cahaya matahari. Setinggi mana lapisan pasir itu bergantung kepada kehendak anda dan keadaan laman anda. Hanya pastikan air hujan tidak bertakung yang akan berlaku jika kawasan berumput lebih rendah dari lubang atau benteng parit. Kerana air bertakung boleh menyebabkan rumput mati.




5-Tanam Rumput

Rumput dipasang dan disusun rapat-rapat di atas pasir yang telah diratakan:
  • Keluarkan rumput dari plastik yang melekat di bawahnya dan susun dengan rapat di atas pasir yang telah diratakan. 

  • Ruangan kosong atau melengkung perlu disusun dengan rumput yang dipotong untuk dimuatkan. 


  • Tekan rumput dengan kuat supaya melekat ke tanah dan tidak bergerak.
  • Selesai pemasangan, lakukan penyiraman air dengan kadar yang banyak (sehingga anda boleh nampak air bertakung) untuk melembutkan tanah dan menyuburkan rumput. Rumput perlu siraman seperti ini setiap pagi dan petang (dalam pukul 3-4 petang) di awal penanaman, mungkin selama sebulan atau sehingga rumput telah mula tumbuh dengan subur. Elakkan siraman menjelang waktu malam kerana keadaan rumput yang lembab waktu malam boleh mengundang kulat.

  • Akhir sekali ratakan rumput dengan tamper (atau garden roller) untuk memampatkan rumput dan supaya ia rapat dengan tanah dibawahnya.

6-Baja Rumput

Baja diperlukan untuk memastikan rumput dapat nutrient yang diperlukan untuk bercambah di tanah baru. Lakukan pembajaan sebulan ke 2 bulan sekali. Ketahui lagi tentang maklumat asas baja di sini.


7-Potong Rumput
Pastikan anda memotong rumput anda apabila ia mula panjang, kerana jika ia terlalu panjang, ia akan mudah mati kerana bahagian bawah rumput dan pucuknya tidak mendapat cahaya matahari. Potong juga jangan terlalu rapat sehingga nampak tanah. Baca tentang tips penjagaan dari rumpai dan tips penyiraman dari kami.

Akhir sekali, sila baca entry terbaik dari kami ini sebagai motivasi anda dalam menjaga rumput anda.

1 comment:

  1. Ada service buat hollow tine tak di halaman rumah.??irfanaqil2@gmail.com

    ReplyDelete