Monday, 25 April 2016

On 02:49 by    No comments
Rumput anda berpenyakit? Maksud berpenyakit di sini adalah masalah yang dihadapi rumput yang menyebabkan perubahan rupa fizikal dan struktur rumput serta fungsinya. Penyakit boleh disebabkan oleh benda hidup (biotic) dan benda tak hidup (abiotic) ; sebagai contoh:
  • Benda tak hidup adalah seperti persekitaran yang tidak baik seperti suhu terlalu sejuk atau panas, tekanan air tinggi atau rendah, pembajaan kurang atau terlebih, kecederaan akibat pijakan atau kesan tayar kenderaan, pemotongan yang terlalu pendek. 
  • Benda hidup adalah seperti serangga, nematode atau cacing, virus, kulat dan bakteria (penyakit yang dibawa oleh agennya yang dipanggil pathogen). Ada dibincangkan di entry ini.

Dalam mengenalpasti apa jenis masalah rumput kita, sama ada ia penyakit yang disebabkan oleh benda hidup atau benda tak hidup, kita harus memeriksa dengan teliti keadaan daun rumput kita dan memerhati perubahannya. Mengenalpasti punca sebenar adalah sangat penting dalam mencari cara untuk mengatasinya. Kerana jika salah cara atau method untuk merawatnya, takut masalah itu menjadi lebih teruk pula.

Jika penyakit biotic, tanda-tanda seperti kehadiran pathogen seperti kulat yang menyebabkan bintik-bintik, bengkak dan tisu yang mati dapat dilihat jika diperiksa dengan teliti. Setelah dikenalpasti bahawa ia adalah serangan penyakit biotic, racunlah mengunakan teknik broadspectrum. Perlu diingatkan bahawa racun kulat bukan untuk membunuh serangga dan ia sama bahaya kepada binatang dan manusia juga.


Cara semburan racun juga penting. Jangan sembur di seluruh kawasan dan beranggapan cara ini akan bunuh semua kulat atau bakteri.  Kerana jika terlalu banyak semburan kulat juga boleh menjadi immune (tahan racun). Kenalpasti kawasan terjejas atau kawasan yang diserang dan mula racun dari sempadan antara yang terjejas dengan yang masih belum terjejas.



Namun harus diingatkan, jangan cepat melatah apabila `rumput kuning atau tidak cukup hijau. Kerana rumput kuning ada banyak faktor, termasuklah kurang air atau kurang baja, rumput yang sedang dalam keadaan dormant (iaitu berhenti bercambah, tetapi akarnya masih hidup). Atau rumput yang sering dipijak atau digilis tayar yang mengambil masa untuk merawat daunnya dan tumbuh semula. Dalam keadaan ini, jika pengguna terus menggangap ia adalah penyakit lalu mengenakan racun, ia membahayakan rumput itu,







Tindakan susulan penting untuk merawat rumput yang rosak akibat benda tak hidup atau abiotic, kerana kecederaan rumput (selepas dipijak, digilis tayar etc) akan menyebabkan rumput lemah dan terdedah dengan penyakit biotic dan mengundang pathogen.





Apabila pathogen mula menyerang, tanda atau simptom boleh dilihat jika diperiksa dari dekat. Jika pathogen sudah menyerang, kulat akan mula kelihatan.

 Mycelium ialah sebahagian dari komponen kulat atau fungus.

Fairy ring adalah sejenis penyakit yang tidak membahayakan rumput tetapi memburukkan rupa laman kita. Ia adalah sejenis cendawan atau kulat yang biasanya berlaku di hutan apabila terdapat kayu atau tumbuhan reput. Masalah ini tidak boleh dihapuskan dengan semburan racun rumpai. Care yang betul ialah:
  1. Cabut cendawan dan urat-uratnya yang berlebihan dan gemburkan tanah yang padat (atau tebuk lubang atas tanah).
  2. Siram rumput secukupnya.
  3. Galakkan mikrob tanah dengan menggunakan humus seperti baja organik berhumus.
  4. Apabila penyakit ini mula menyerang, ia adalah amat sukar untuk dihapuskan kerana TIADA kawalan semula jadi. 
  5. Biasanya pengguna mengatasinya dengan menggunakan baja yang kaya dengan nitrogen.
  6. Cendawan boleh dikeluarkan dengan memotong biasa atau mengaut. 
  7. Racun kulat telah terbukti TIDAK berkesan . 
  8. Kekunci untuk mengelakkannya ialah dengan; baja, siram, gembur dan potong .

Untuk masalah serangga seperti semut, kerengga, belalang atau ulat yang bersarang di bawah padang rumput kita, kita perlu mengenalpasti serangga apa, bagaimana dengan kitaran hidupnya? Secara amnya, cara membunuhnya sama dengan cara mengatasi kulat tetapi lebih berjadual atau berkala. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang racun serangga dan klasifikasinya dari entry blog AnimAgroTech ini atau tanya tuan kedai racun serangga yang anda lawati itu.


Sumber utama info dan gambar dari Pakar Rumput Mynormas.

0 comments:

Post a Comment