Thursday, 7 April 2016

Sekadar gambar hiasan..

Basically pointnya, rumput yang cantik memerlukan penjagaan yang rapi. Sama seperti anda, sama juga seperti seorang perempuan cantik. Tiada kerajinan untuk menjaga, membelai, mengeluarkan kos dan memberi perhatian terhadap penjagaan kecantikan, masakan kita, atau seorang perempuan cantik itu kekal cantik?
Che Ta pun dah bagi tips..banyak penjagaan dan perhatian kena bagi kat diri untuk maintain cun tau..

Kami sering mendapat soalan dari pelanggan dan pengikut page kami, bertanyakan rumput apa yang cantik dan senang jaga.

Ia agak susah untuk diletakkan dalam satu kategori yang sama; cantik dan senang dijaga.
Quite..impossible..

Jika senang dijaga, kami sarankan rumput padang, atau cow grass yang sering ditanam di padang sekolah, di bahu jalan, padang mainan. Ia senang hidup dan tumbuh subur serta panjang biarpun dalam kekurangan cahaya matahari.
Rumput padang

Tetapi yang cantik seperti rumput karpet, anda harus menjaganya kerana ia mengambil masa untuk tumbuh, dan memerlukan cahaya matahari yang banyak, sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika halaman anda redup kerana posisinya yang sentiasa dibawah bayang-bayang rumah, rumput ini tidak sesuai.
Rumput karpet (Filipina)

Rumput liar juga senang tumbuh hasil pembiakan melalui angin dari rumput liar dan lalang-lalang yang tumbuh berdekatan rumah anda. Jadi anda perlu luangkan masa untuk mencabut rumput liar dari awal pembiakannya atau ia akan mendominasi halaman anda mengakibatkan rumput karpet anda lama kelamaan tumbuh bertompok-tompok. Yang rugi, anda, kerana anda telah berhabis duit untuk pemasangannya dahulu.

Di awal pemasangan rumput juga adalah penting untuk anda pastikan penyiraman dilakukan secukupnya. Semua jenis rumput memerlukan penyiraman yang banyak sejurus selepas ditanam untuk tumbuh. Siraman sehingga air nampak bertakung, dan siraman dibuat pagi dan petang. Rumput padang dan rumput mutiara mengambill masa dalam sebulan hingga dua bulan untuk benar-benar  hidup subur, manakala rumput karpet mungkin perlu mencecah sehingga lima hingga enam bulan. Dalam tempoh itu jika tidak dijaga, rumput boleh mati. Penyiraman musim panas pula boleh rujuk di entry ini.

Penjagaan yang penting selain penyiraman ialah baja dan pemotongan rumput. Rumput yang terlalu panjang bukan sahaja semak dan tidak kemas, tetapi akan menyebabkan rumput tumbuh tidak sekata. Kerana apabila rumput dibiarkan panjang, akan ada persaingan untuk tumbuh dan penyerapan nutrient serta cahaya matahari antara rumput-rumput ini. Dan seperti manusia, setiap rumput dari akar  (crown)  dan rhizome yang berbeza mempunyai kadar pertumbuhan yang tidak sama. Jadi yang lebih sihat terus aktif menyerap nutrient manakala yang agak perlahan akan mati.
Anatomi rumput

Namun begitu, pemotongan rumput tidak seharusnya terlalu pendek atas alasan supaya tidak perlu potong kerap. Ini adalah kerana apabila terlalu pendek, daun rumput yang berfungsi sebagai penyerap cahaya matahari dan pembuat makanan menggunakan klorofil melalui proses fotosintesis , akan berkurangan. Ibarat sebuah bangunan yang mempunyai café di setiap level, tetapi ditutup café sehingga tinggal sedikit.

Rumput yang terlalu pendek akan mendedahkan tanah maka tanah akan cepat kering. Rumput terlalu pendek juga membantutkan pertumbuhan akar, dan menggalakkan pertumbuhan rumput liar dan lalang.

Seperti manusia, rumput juga memerlukan baja sebagai supplement. Mengikut jenis rumput, bajalah rumput anda sama ada sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Gunakan baja organik sebatian NPK yang mengandungi asid humik kerana asid humik membantu tanah menjadi lebih senang untuk menyerap baja dan menguraikan nutrient untuk dibekalkan kepada rumput. Klik sini untuk entry berkenaan baja.

Jadi berbalik kepada soalan lazim iaitu apakah rumput yang cantik dan senang dijaga, jawapannya ialah, anda rajin ke tak? Rumput cantik subur hijau kemas itu lambang kerajinan anda..rumput anda wajah anda..

Pilih rumput anda dari kami di sini.

You know a healthy lawn when you see it: a smooth, lush green carpet, perfect for cartwheels and croquet. So why doesn't your lawn look like that? To get that perfect lawn you may have to change your mindset, says landscape designer Gary Alan (www.garyalan.com). "You know how in golf they say 'Be the ball'? Well, you've got to be the grass. You've got to think about what it needs," Gary says. The basics, he says, are pretty simple: sun, water and fertilizer. Once you get those down, everyone's happy — you and your lawn. - Melanie Haiken

0 comments:

Post a Comment