Thursday, 28 April 2016

On 03:45 by    2 comments
Ada juga customer yang bertanyakan rumput plastik, kami memang ada bekalkan rumput plastik/tiruan ataupun artifical grass dan menyediakan servis pemasangan rumput tiruan ini.

Nampak macam sama, tapi tiruan yer..harap maklum
Kami biasa sarankan ia untuk pemasangan indoor atau kawasan dalam rumah yang berbumbung. Ianya mahal dan kelihatan sangat real. Ia hanya perlu dipasang tanpa perlu disiram mahupun dipotong atau dibaja. Mudah tetapi cantik. Cuma ia mahal. Mari kita lihat perbandingan yang dapat kami kumpulkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan kajian iaitu research dari Internet.

Datang dalam beberapa saiz daun dan gred.
Rumput tiruan sewaktu masih dalam proses pemasangan..gambar dari Smart Garden

Pemasangan

Pemasangan rumput tiruan. Gambar dari London Artificial Grass
Dari segi pemasangan, kos belian dan pemasangan untuk rumput tiruan adalah jauh lebih mahal dari rumput hidup. Mahalnya adalah lebih kurang 3 kali ganda harga rumput hidup. Pemasangannya juga agak susah kerana anda perlu pastikan anda ukur dengan betul supaya tidak salah potong kerana susah untuk mencantumkan ia kembali dengan kemas sehingga tidak nampak garis sambungannya. Namun ada yang berpendapat bahawa kos pemasangannya yang mahal itu berbaloi dengan penjimatan masa dan tenaga untuk penjagaannya berbanding dengan rumput hidup.
 Cara pencantuman.. gambar dari Smart Garden.
Penyediaan kawasan sebelum penanaman adalah sama di mana anda perlu clearkan kawasan tersebut dari rumput liar dan rumput lama kemudian ratakan satu lapisan pasir. Pastikan juga ke mana arah air hujan akan mengalir jika anda memasangnya di luar atau di kawasan tidak berbumbung. Ini kerana tidak seperti rumput hidup yang tumbuh atas tanah yang menyerap air, rumput tiruan mempunyai lubang untuk air mengalir namun ianya terhad. Jadi perancangan pengaliran air adalah penting untuk mengelakkan air dari bertakung. Video di bawah menerangkan bagaimana rumput tiruan mengalirkan air.




Penjagaan

Pencucian rumput tiruan.
Dari segi penjagaan, rumput tiruan tidak memerlukan siraman air, potong rumput, baja dan penjagaan khusus dari rumpai dan kulat. Namun jika anda memiliki binatang peliharaan atau sering memijaknya dengan tapak kasut yang banyak pasir atau tanah, maka anda perlu mencucinya dengan menyemburkan air untuk membuang tanah atau najis binatang peliharaan (untuk najis perlu lebih kerap dengan sabun atau disinfectant).  Cucian ini penting kerana tidak seperti rumput hidup, rumput tiruan tidak mempunyai sistem pembersihan diri sendiri secara semulajadi seperti kebanyakan benda hidup. Jika tidak dicuci ia akan memerangkap bau dan tindak balas najis atau kotoran degil dengan bahan plastik yang digunakan mungkin lama kelamaan akan merosakkan rumput tiruan.
Jika kawasan laman kurang mendapat cahaya matahari, ianya mungkin lebih sesuai untuk dipasang rumput tiruan.

Eco-friendly / Mesra Alam

Walaupun ia kelihatan dan rasa seperti rumput hidup, namun rumput tiruan ini tetap tak dapat lari dari hakikat yang ianya diperbuat dari plastik. Walaupon ia menjimatkan penggunaan air kerana tidak perlu disiram, namun dalam proses pembuatannya ia menghasilkan banyak bahan buang yang tidak mesra alam iaitu tidak reput atau biodegradable. Rumput tiruan adalah berasaskan petroleum dan getah.  Walaupun ia tahan lama dari 7 ke 8 tahun, dan ada yang tahan hingga ke 15 tahun, ia tetap juga akan dibuang di tempat pelupusan sampah selepas beberapa tahun.

Selain itu, berbanding dengan rumah yang mempunyai rumput hidup yang menghijaukan laman, rumput tiruan ini menyerap haba dan menjadi panas di tengahari jika mendapat pancaran langsung dari matahari. Rumput hidup pula menyejukkan laman rumah serta membekalkan oksigen kepada rumah, tidak seperti rumput tiruan.


Pros:

  • Jimatkan air.
  • Rupa dan rasa sangat seakan-akan rumput hidup.
  • Tidak memerlukan perumpaian, pemotongan setiap bulan, dan pembajaan.
  • Tidak berlumpur.

Cons:

  • Mahal
  • Tidak mudah untuk dikitar-semula.
  • Menjadi panas bila terkena pancaran matahari.
  • Boleh menyebabkan lelasan atau luka akibat geseran ("turf-burn"/ abrasion).
  • Tidak membersihkan dirinya sendiri seperti rumput hidup, jadi memerlukan pencucian dengan air dan sanitizing agents.
Dengan perbandingan yang kami bincangkan disini, ia terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan sendiri. Rumput tiruan atau rumput hidup?

2 comments:

  1. Artificial grass would be great in dry climates. I think a big splash of green is good for the spirit when your surroundings are brown..
    Bellevue artificial grass

    ReplyDelete
  2. Kami importir Rumput sintetis. Harga 110.000 / m2.
    Lebar 2 meter.
    Ketebalan 2 mm
    Anti UV
    Bergaransi 2 tahun
    Untuk mau menjadi distributor kami, bisa WA ke 081991117001 (stevan)

    ReplyDelete