Wednesday, 13 April 2016

On 22:19 by in , , ,    No comments
Cantikkan?
Beets adalah sejenis tumbuhan yang agak menyerupai ubi kentang atau lobak merah; iaitu ia tumbuh di dalam tanah. Ia mampu tumbuh hampir di kesemua jenis keadaan tanah dan mampu tumbuh dalam keadaan sejuk beku. Datang dalam pelbagai bentuk dan warna, dari merah hati ke kuning, putih dan belang-belang. Seluruh tumbuhan ini boleh dimakan, iaitu dari daunnya, beet leaf, hingga ke buahnya yang tumbuh sebagai akar itu yang biasa di panggil beetroot.

Cara penanamannya juga mudah, seperti lobak merah.

1. Tanam di tanah yang gembur dan kering yang telah dibuang batu-batuan dan debris yang boleh menghalang pertumbuhannya. Jika tanah anda mempunyai kandungan tanah liat tinggi, campurkan dengan sedikit sebatian organik untuk membaiki strukturnya untuk mengelak tanah jadi kering atau berkerak selepas hujan.

2. Tanam biji benihnya sedalam ½ inci dan jarak dalam 1-2 inci.

3. Selepas benih tumbuh pucuknya dalam 1-2 inci tinggi, jarakkan pucuk-pucuk itu dalam 1 inci. Bila pucuk itu mula tumbuh lebih kukuh dan subur, jarakkan dalam 3-4 inci.

4. Baja dengan bahan organik dan siram selalu. Beet perlukan lembapan.

5. Check keadaan tanaman selalu kerana serangga perosak akan sering cuba menggangu.

6. Selepas 40-50 hari ditanam, beet boleh dituai. Pucuknya perlu tumbuh dalam 4-6 inci tinggi dan diameter beetroot dalam 1 ½ -2 inci. Boleh dicabut dari tanah atau dikorek.

Setelah men-Google, kami jumpa 2 blog yang menjual biji benih beet ini, iaitu:

Jika anda tertanya-tanya bolehkah tanam beet dan tumbuh subur di Malaysia yang panas ni? Anda boleh lihat entry-entry tanaman beet yang menjadi dari website Kebun Bahagia Bersama ini.

Gambar tanaman beet yang berjaya dan sudah dimasak oleh pelanggan Kebun Bahagia Bersama.
Khasiat beet ini banyak. Antaranya ialah:
  • Membersih darah dan dikatakan ada element anti karsinogen. Beetroot mengandungi bahan aktif antioksidan dipanggil betacyanin yang memberi warna merah hati yang gelap. 
  • Menggalakan kekuatan semula jadi badan didalam hati, dan penggalakan sel imun didalam tubuh. Juga mengandungi silika yang penting untuk kulit yang sihat, kuku,otot,urat dan tulang.
  • Membantu proses perkumuhan didalam badan; terutama hati dan organ organ dalaman badan (termasuk buah pinggang, pundi kencing);
  • Kaya dengan vitamin C, kalsium, fosforus dan iron yang sesuai untuk pesakit arthritis yang tidak dapat mengambil vitamin C dari buah tomato atau oren kerana kandungan asid yang tinggi di dalamnya membuatkan tempat yang sakit atau inflame semakin teruk.
  • Mampu membantu untuk merawat hypertension dan darah tinggi.

Kami kongsi artikel dan kedai online ini untuk memotivasikan anda yang memiliki kebun untuk menambah satu lagi jenis tanaman baru yang sangat berkhasiat (warnanya yang cantik itu tanda ia sangat special) ke kebun anda. Selamat mencuba!

Sumber maklumat: DapurMakTam

0 comments:

Post a Comment