Tuesday, 3 May 2016

On 02:36 by    No comments
Image by Eventfinda
Apakah maksud "edible garden"?

Edible maksudnya boleh dimakan, jadi maksudnya kebun yang boleh dimakan. Kebun ini termasuklah kebun buah dan kebun sayur.

Menurut penulis Kebun Bandar, ada 5 soalan anda perlu tanya diri sendiri sebelum mulakan sebuah kebun, iaitu:

  1. Di mana anda nak berkebun? Kenal pasti jenis tanah, kedudukan matahari, kesesuaian dengan tumbuhan jenis apa sebelum anda mulakan projek kebun anda. Anda juga mungkin boleh consider untuk berkebun dalam pasu atau planter container, atau menggunakan barang-barang terpakai, mungkin secara gantung atau kebun vertikal bagi mereka yang mempunyai kawasan terhad.
    Image by Home Exterior Interior
  2. Siapakah anda? Adakah anda seorang yang mempunyai masa untuk berkebun? Berminatkah anda untuk menjadikannya sebagai sejenis hobi? Jawapan kepada soalan ini penting dalam menentukan samaada projek kebun anda akan berjaya atau tidak.
  3. Apa yang anda suka makan? Dengan memilih tanaman sayur atau buah yang anda suka makan, anda akan lebih bersemangat untuk berusaha melihat hasilnya. Jadi, jalanlah ke pasar dan tengok di sekeliling, apakah yang anda suka makan dan cari benihnya untuk cuba tanam sendiri.
  4. Berapa lama masa menanam? Ada tumbuhan yang menjadi hasilnya hanya dalam sebulan, ada yang tiga bulan, ada yang bertahun seperti avocado. Jadi rancanglah dan susun jadual penanaman mengikut masa pertumbuhan tumbuhan pilihan anda.
  5. Apakah khasiat yang anda boleh dapat dari kebun anda? Mengetahui khasiat sayur dan buah yang anda tanam membantu anda untuk lebih bersemangat untuk menanamnya. Lagipun, menjadi pekebun yang serba tahu dan banyak pengetahuan kan lebih baik dari hanya tahu buat tapi tak tahu apa? Baru la boleh jadi pekebun yang ada substance.
Seorang blogger bernama Suri berkongsi kisahnya berkebun di belakang rumahnya. Beliau menanam serai, pokok cili, kucai, daun kenchur, bendi dan pokok limau. Beliau berkebun dalam pasu kerana kawasan rumahnya yang terhad. Semaian pokok-pokoknya ini adalah dari benih yang dikeringkannya sendiri, beliau tidak membeli biji benih dari luar. Kisah yang dikongsi beliau merupakan salah satu contoh cara paling simple dan ringkas untuk memulakan edible garden sendiri dengan halaman rumah kecil yang tidak menjadi alasan untuk tidak berkebun. 

Antara sayuran yang mudah ditanam di kawasan terhad seperti rumah teres yang dicuba oleh Suri adalah serai dan pokok cili. Maka di sini kami kongsikan cara menanam serai yang dikongsi oleh Harizamry:
  1. Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.
  2. Anak benih penuh direndam
  3. Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.
  4. Anak benih sebegini tidak perlu direndamContoh yang sudah berjaya hidup
  5. Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.
  6. Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.
  7. Jangan menanam benih serai terlalu dalam
  8. Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari
  9. Pembajaan. Saya guna baja tahi ayam. dua minggu sekali.
  10. Serai yang sudah tumbuh
  11. Menuai. Jangan mengerat daun serai semasa proses pembesaran.

Serai adalah antara sayur yang penting dalam masakan orang asia. Berkhasiat dan menambah perisa lauk pauk kita. Selain dari serai, penambah perisa yang memang tidak boleh ditinggalkan dalam makanan orang kita ialah cili. Anda juga boleh cuba tanam cili sebagai permulaan. Berikut adalah tips dari Carlz Jafran:

  1. Pokok cili padi sangat mudah tumbuh pada tanah yang kaya dengan humus yang lembab dan berbaja. Ambil benih cili padi yang dibeli dari kedai dan keringkan, semai cili padi terus pada tanah atau semai pada pasu terlebih dahulu. 
    Penyediaan biji benih.
  2. Jika anda semai dalam pasu, anak benih pokok cili boleh dipindahkan setelah usianya mencecah 2 minggu atau 3 minggu. Selepas ditanam jangan lupa siram dan elok diteduhkan dengan teduhan net hitam atau apa-apa jenis teduhan yang bersesuaian. 
  3. Cili padi sesuai ditanam dalam pasu, pilih pasu atau kontena bersaiz 18 inci ke atas bagi memberi ruang akarnya bebas untuk bergerak. Jika menanam cili padi dalam pasu harus dibubuh baja sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Tanah dalam pasu juga harus digembur selalu agar pengudaraan di dalam tanah adalah baik. Hati-hati jangan merosakkan akar takut pokok cili padi anda akan mati.
  4. Cili padi sudah boleh dituai selepas satu bulan hingga dua bulan dengan memetik buah matang yang berwarna merah. Selagi pokok cili menghasilkan bunga selagi itu anda boleh tuai hasilnya.  Anda boleh mendapat hasil dalam tempoh satu bulan setengah mengikut variasi cili.
Bagi mereka yang berminat untuk berkebun, anda boleh memulakan dengan banyakkan membaca dan menambah ilmu tentang berkebun sebelum berjinak-jinak dalam aktiviti berbakti kepada tanah ini.  Mulakan dengan satu dua jenis tanaman yang mudah dahulu sebagai permulaan, seperti serai dan pokok cili. Sekarang harga serai dan cili ini agak mahal di pasaran. Cubalah menanamnya bukan saja untuk menjimatkan kos dari membeli di kedai, tapi juga sebagai satu aktiviti membakar kalori dan menambahkan oksigen di halaman rumah anda. 


0 comments:

Post a Comment