Wednesday, 25 May 2016

On 06:54 by    No comments
Minat berkebun haruslah datang dengan tanggungjawab memastikan kebun bersih, bukan sahaja dari kotoran, tapi dari penyakit. Seperti artikel kami sebelum ini tentang haiwan perosak, mari kita ketahui bagaimana memastikan kebun kita adalah untuk tanaman, dan bukan untuk membiakkan nyamuk.

Nyamuk yang paling merbahaya ialah nyamuk aedes yang boleh menyebarkan penyakit demam denggi dan chikungunya. Ia adalah antara spesies nyamuk yang paling berbahaya kerana Aedes boleh menyebabkan penyakit denggi yang menyerang manusia melalui arbo virus.


Selain Aedes, nyamuk Anopheles pula boleh menyebabkan manusia menghidap penyakit malaria. Manakala nyamuk Culex boleh memindahkan malaria kepada manusia lain melalui gigitan, seperti contoh, kita pernah dilanda penyakit J.E (Japanese Encephalitis) iaitu penyakit bawaan nyamuk Culex yang boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian. Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi dan menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak.



Nyamuk akan lebih aktif pada musim panas tetapi serangga tersebut hanya dapat hidup pada suhu antara 100 hingga 400 Celsius. Sekiranya suhu berada di bawah paras 100 Celsius ataupun melebihi 400 Celsius nyamuk dikatakan tidak mampu untuk hidup. Berikutan keadaan cuaca di Malaysia yang bersuhu sederhana, negara ini menjadi lokasi kegemaran untuk nyamuk terus aktif.

Nyamuk sangat aktif pada waktu pagi serta petang dan biasanya serangga itu berterbangan mencari mangsa pada waktu berkenaan. Nyamuk juga gemarkan tempat yang lembap dan berair untuk dijadikan habitat bagi memudahkan serangga ini bertelur serta menetas. Biasanya nyamuk membiak di dalam kolam dan bekas kecil yang mengandungi takungan air dan amat suka tempat-tempat yang kecil seperti di dalam tayar. Ini kerana semakin kecil tempat tinggal bermakna ia sesuai bagi nyamuk tersebut bertelur.

Tempat pembiakan nyamuk. Gambar ehsan blog Teratai Ungu
Walaubagaimanapun, sekiranya kolam atau tempayan yang mengandungi air kerap digunakan oleh manusia, kebarangkalian nyamuk untuk bertelur adalah sangat rendah kerana mereka tidak akan membiak di tempat yang banyak gangguan. Nyamuk juga sangat tertarik kepada gas karbon dioksida kerana serangga itu boleh mengesan mangsa melalui gas berkenaan.Untuk mengesan mangsa, nyamuk juga sangat peka dengan bau badan manusia. Nyamuk berupaya melihat pergerakan manusia walaupun dalam keadaan gelap.



Perubahan musim dari panas ke musim hujan atau sebaliknya adalah waktu paling kritikal di mana banyak air bersih yang tergenang menjadi sumber nyamuk untuk berkembang biak. Saluran air atau parit yang tidak mengalir di sekitar laman rumah akan memudahkan bagi nyamuk Aedes dalam melakukan pembiakan.

Selain itu masalah kurangnya kesedaran dan perhatian masyarakat akan kebersihan takungan dan pemahaman akan penyebaran vektor nyamuk Aedes juga membahayakan masyarakat sendiri.

Melalui artikel ini, anda telah mengetahui beberapa faktor yang mempengaruhi pembiakan nyamuk, jadi bersamalah kita membasmi masalah pembiakan nyamuk demi kebaikan kita juga dengan menjadi pekebun yang lebih bertanggungjawab.



Sumber maklumat dari Utusan, Peter Parker Blog, Jevuska, Doctor Wannabe.

0 comments:

Post a Comment