Tuesday, 28 June 2016

On 02:16 by    No comments
 Michelle Obama berkebun di kebun sayur White House. Gambar dari The Atlantic.
White House Kitchen Garden, kebun sayur di rumah kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat, yang kini didiami oleh Presiden sekarang iaitu Barack Obama dan keluarga, telah diusahakan sejak 1800. Kebun sayur yang dimulakan dari awal ini berubah-ubah lokasi kerana pembesaran bangunan White House dan ketidaksuburan tanah.

Kebun ini dimulakan oleh Presiden kedua, John Adams bersama isterinya, Abigail Adams, kerana mereka mahu mengunakan sayuran dari tanaman sendiri dari membelinya di pasar. Kemudian Presiden ketiga, Thomas Jefferson membina kebun yang lebih sistematik di lokasi berlainan kerana keadaan tanah yang kurang sesuai untuk berkebun dengan lebih serius. Bermula dari itu, rakyat Amerika mula bercucuk tanam di halaman rumah mereka.

First Lady ke 32 iaitu isteri Franklin D. Roosevelt; Eleanor Roosevelt, isteri Bill Clinton; Hillary Clinton dan First Lady sekarang, Michelle Obama mempunyi versi mereka sendiri dalam mengusahakan kebun sayur White House ini.  Tujuan Roosevelt menanam "victory garden" atau kebun kemenangan ketika Perang Dunia Ke 2 ialah untuk menggalakkan penggunaan kebun itu ketika hampir wujudnya kekurangan bekalan makanan. Hillary Clinton pula memulakan kebun sayur atas bumbung White House. Manakala pada March 20, 2009 Michelle Obama telah merasmikan kebun sayur terbesar setakat ini di laman White House.

Michelle Obama menanam sayuran di kebun White House atau dipanggil kitchen garden. Sumber The Guardian.
Tanaman sayuran jenis kobis cina oleh perwakilan NASA. Sumber gambar NASA Tumblr
Pada April 2016 , Michele Obama telah menjemput pelajar dari seluruh negara serta wakil-wakil NASA untuk menanam White House Kitchen Garden untuk tahun kelapan berturut-turut. Pada tahun 2009, Puan Obama memulakan taman sayur-sayuran ini  di South Lawn (dalam White House) untuk memulakan perbualan kebangsaan tentang kesihatan dan kesejahteraan negara.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai program taman sekolah inspirasi dari Wisconsin, Colorado, dan Louisiana, dan pelajar dari Elementary School Bancroft dan Harriet Tubman Elementary School, yang telah lama menanam bersama di White House Kitchen Garden. First Lady ini juga menjemput beberapa pelajar dari Bancroft Elementary yang mengambil bahagian dalam majlis pecah tanah taman dan dalam penanaman yang pertama pada tahun 2009.

Di samping itu, Timbalan Pentadbir NASA Dava Newman dan Astronaut Cady Coleman juga menyertai Puan Obama dan pelajar untuk menanam pelbagai jenis salad yang juga ditanam di kebun Stesen Angkasa Antarabangsa.


Yang menarik tentang kebun sayuran ini ialah ia dibangun oleh banyak pihak yang turut berkecimpung di dalam bidang ini, selain sekolah-sekolah, The White House Horticulturist, Dale Haney juga terlibat ,bersama menteri pertanian. 


South Lawn garden. Sumber gambar The White House Museum
Selain itu, kesemua tanaman sayuran di kebun ini ditanam dan dirawat dengan baja organik. Baja yang digunakan adalah baja kompos. Sisa makanan di White House juga antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan baja kompos mereka. Dianggarkan peruntukan sebanyak USD200 digunakan untuk menguruskan kebun sayuran ini.

Pelbagai sayuran ditanam di kebun ini, selain sebagai pengambilan makanan harian, beberapa tanaman sayuran ini ditanam untuk mengenang dan menghormati presiden terdahulu. Beberapa sayuran seperti salad, bayam dan kubis adalah makanan kegemaran Thomas Jefferson yang hingga kini ditanam di kebun. Namun ia agak mencetus pertikaian beberapa pihak awam apabila kebun ini tidak menanam beetroot, sejenis sayuran berwarna merah hati gelap yang digelar superfood dan digilai rakyat Amerika yang mementingkan makanan sihat.

Sumber The White House, The Guardian, The Atlantis, New York Times, Wikipedia.

0 comments:

Post a Comment