Wednesday, 15 June 2016

On 16:57 by    5 comments

Dalam kediaman kita mahupun kedai makan atau pejabat,adalah menjadi kebiasaan untuk kita berkongsi ruang dalam bangunan kita dengan haiwan lain seperti serangga dan tikus. Namun haiwan seperti ini adalah perosak yang akan menyebabkan keburukan. Antara haiwan yang tersenarai sebagai haiwan perosak dan memerlukan kawalan iaitu pest control ialah:
  • Anai-anai 
  • Semut 
  • Lipas 
  • Tikus 
  • Bed bugs atau pepijat
  • Fleas atau Kutu


Anai-anai
Anai-anai sebenarnya bukan dalam kumpulan semut, tapi kita dah terbiasa melihatnya sama macam kumpulan semut lain. Ada yang sebut anai-anai sebagai semut putih atau white ants dalam bahasa inggeris.
Anai-anai makan kayu pintu. Gambar ehsan mypestnews
Anai-anai lebih merbahaya dan "memusnahkan" berbanding semut. Anai-anai boleh merosakkan apa saja struktur kayu serta segala benda yang berasaskan selulose di rumah kita. Buku, pakaian, kotak, almari perabut, tangga, paquet dan seumpanya adalah bahan yang sering dimusnahkan oleh anai-anai.

Biasanya anai-anai yang paling bahaya merosakkan struktur kayu pada bangunan adalah anai-anai bawah tanah terutamanya dari spesis Coptotermes. 
Gambar ehsan anaianai.com
Tiang elektrik atau bahan dari kayu di luar rumah juga menjadi bahan serangan anai-anai dengan mudah. Anai-anai juga boleh menjejaskan pertanian, perhutanan dan tanaman di dalam bandar. Ada dua spesis anai-anai bawah tanah yang kerjanya membunuh pokok-pokok hidup. Anai-anai tidak membawa penyakit serius tetapi jika lantai atau tiang atau perabot di rumah yang dimakan mereka tanpa kita sedari akan meletakkan diri kita dalam bahaya.

Pencegahan awal oleh pasukan professional adalah melalui rawatan tanah untuk membasmi anai-anai dengan cara rawatan sebelum rumah dibina iaitu rawatan semburan yang dibuat pada tapak yang akan didirikan bangunan rumah sebelum lantai disimen.

Rawatan selepas rumah dibina pula lantai simen di sebelah dinding perlu ditebuk dengan mesin gerudi menenbusi slab. Kemudian suntikan racun anai-anai dibuat di setiap lubang yang telah siap digerudi itu dan lubang-lubang yang disuntik dengan racun anai-anai akan ditampal semula dengan simen. Racun anai-anai telah ditanam di bawah lantai dan tahap ketahan ini boleh tahan kekal sehinga 2 hingga lebih 3 tahun. Rawatan pencegahan anai-anai mengambil masa 1 hari bekerja. Kerja-kerja pemantauan 6 bulan sekali perlu dibuat untuk memastikan tiada lagi serangan anai-anai yang baru.


Semut
Agak pelik jika rumah anda tidak pernah ada semut. Sekali sekala semut akan mendatangkan masalah pada rumah walau macam manapun kita jaga kebersihannya.



Gambar ehsan harunyahya.com
Apatah lagi rumah yang tidak mengambil khidmat syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak untuk membuat pemantauan rutin dua bulan atau sebulan sekali. Semut memanglah tidak mendatangkan penyakit tapi ia amat merimaskan dan boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan dan makanan kita di rumah.

Gigitan semut boleh membuat kita merasa gatal. Ada juga semut yang tidak menggigit dan tidak berbisa, tapi ianya tetap mengganggu ketenteraman kita. Apa lagi jika jumlah yang datang mendiami di rumah kita itu banyak.

Semut memang hidup dalam kelompok yang besar kerana semut mampu bertelur minimum 300 - 500 biji sehari atau lebih. Kehadiran semut perlu dikawal dan dicegah untuk mengelak dari serangan semut didalam rumah, pejabat atau tempat perniagaan kita. Kehadiran semut juga mengundang haiwan lain seperti cicak kerana semut merupakan makanannya. Pengawalan dan pencegahan dari serangan semut boleh dilakukan oleh professional dalam bidang kawalan serangga perosak menggunakan beberapa teknik : + penyemburan bahan aktif kimia + pengumpanan bahan aktif.

Lipas
Lipas adalah sejenis serangga am yang tidak terkecuali untuk sentiasa berada , tinggal, hidup, membiak di rumah atau dalam bangunan, di bandar mahupun luar bandar. Lipas merupakan sejenis serangga dalam famili Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.


Barisan lipas yang sedang "berehat"... gambar ehsan ikmalfaiz.blogspot
Ada dua jenis lipas yang biasa menyerang rumah kita:
  1. Bersaiz kecil sehingga ada yang anggap itu adalah anak lipas. 
  2. Saiz sedikit besar dan paling banyak mengganggu kita di rumah dan boleh terbang. Spesis ini meninggalkan yang sangat busuk seperti tahi, sekaligus membawa kuman dan bakteria ke tempat yang dihinggapinya.

Lipas ini selain mendatangkan masalah yang besar pada mereka yang phobia pada makhluk leper ini, ia juga bleh membawa berbagai penyakit kepada manusia.

Rumah atau kawasan yang banyak lipas memberikan bau yang tidak menyelerakan. Lipas meninggalkan najis pada tempat pembiakannya yang memberikan kesan dan bau busuk pada tempat tersebut.

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Ia dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula. Lipas dikatakan diantara serangga yang sukar di hapuskan walaupun letupan atom terkena di muka bumi,ia mampu untuk meneruskan hidupannya. Ini kerana struktur tubuhnya yang sangat leper dan nipis yang membolehkannya menyelinap melalui ruang-ruang sempit untuk lari menyelamatkan diri. Lipas jenis Periplatena Americana (yang biasa dijumpai di rumah anda) boleh menyelinap masuk ke dalam celahan yang hanya setinggi 3 mm (kurang dari satu per tiga ketinggian asal mereka) dalam masa sesaat.  Selain itu, keupayaannya bergerak sangat laju dalam ruangan sempit membantunya untuk sentiasa terselamat dari terbunuh.

Berikut adalah fakta lain menakjubkan tentang lipas.

1. Oleh kerana lipas berdarah sejuk, mereka boleh hidup tanpa makanan sehingga sebulan. Tapi mereka hanya dapat bertahan selama seminggu tanpa air.

2. Lipas boleh hidup selama seminggu tanpa kepala. Lipas tidak mempunyai sistem peredaran darah yang besar seperti manusia dan mereka bernafas melalui liang-liang di badan mereka. Tetapi tanpa mulut, lama-kelamaan lipas akan mati kehausan.

3. Lipas juga berupaya untuk menahan nafas selama 40 minit. Dalam keadaan rehat, lipas boleh berhenti bernafas sehinga 40 minit untuk mengelakkan kehilangan air melalui pernafasan. Ini menerangkan kenapa penyembur serangga kadang-kadang lambat memberikan kesan kepada mereka.

Kesimpulannya, lipas adalah antara haiwan yang mempunyai keupayaan survival yang tinggi. Maka adalah penting untuk anda mencegah dari mengundangnya ke rumah anda dengan:

a) Pastikan dapur sentiasa bersih, dan sampah dibuang sekerap yang mungkin.

b) Bersihkan tumpahan dan gris dengan cepat.

c) Lipas juga tidak boleh hidup tanpa air dan jika boleh, elakkan air yang bertakung.

d) Jangan biarkan makanan tanpa bertutup.

e) Jika ada bukaan kecil, pastikan ia ditampal. Dalam erti kata lain, elakkan kewujudan pintu masuknya.

f) Buangkan barang-barang yang menyemakkan rumah seperti surat khabar kama, majalah dan beg plastik yang tidak digunakan. Ini adalah kerana ia merupakan makanan kepada lipas.


Tikus
Tikus adalah mamalia yang termasuk dalam spesis Muridae. 3 Jenis tikus yang biasa terdapat di Malaysia adalah:
  1. tikus Norway, 
  2. tikus bumbung, 
  3. tikus rumah. 
Tikus bumbung
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat. Sebab itulah anda asyik melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, walaupun telah dibunuh.

Tikus makan dan mencemarkan makanan, selain membawa kerosakan bangunan-bangunan dan harta lain dengan menggigit dan burrowing (meloloskan diri), dan boleh menyebarkan penyakit-penyakit yang memberi kesan kepada manusia dan haiwan peliharaan. Paling bahaya ialah penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis. Ia sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Leptospira dan disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.

Anda harus memastikan kebersihan sekeliling terjaga untuk mengurangkan potensi kediaman anda mengundang tikus. Sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus di kawasan sekeliling terutamanya rumah anda, dan buat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Kawalan masalah tikus biasanya melibatkan usaha menangkap atau membunuh tikus melalui 2 cara:
  1. Tangkapan atau menghapuskan tikus tanpa menggunakan bahan kimia.
  2. Membunuh tikus dengan menggunakan racun atau bahan kimia.
Perangkap adalah satu cara kawalan tikus yang berkesan tanpa menggunakan sebarang racun. Bagi serangan tikus yang tidak banyak, penggunaan perangkap merupakan jalan penyelesaian yang cepat. Penggunaan perangkap juga dapat mengelakkan keadaan di mana tikus mati pada tempat yang tidak diketahui dan rumah kita dilanda dengan masalah bau bangkai yang busuk.

Pepijat


Pepijat dan kawan-kawannya. Gambar ehsan saharol.com.
Nama saintifik pepijat ialah Climex Lectularius manakala dalam bahasa Inggeris ialah bedbug. Ia hidup dengan menghisap darah tikus dan haiwan lain, termasuk manusia. Semasa makan darah, gigitan mereka tidak dapat dirasai. Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk, pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah. Air liurnya juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit namun akan merasainya selepas pepijat berhenti menghisap.Namun begitu, gigitannya selalu di bahagian mata dan sekeliling mulut. Gigitannya menyakitkan dan boleh menyebabkan reaksi yang teruk kepada orang yang sensitif, termasuk rasa membakar, gatal-gatal, bengkak, merah, bekas, ruam, pitam, loya, cirit-birit dan tindak balas anaphylactic. Saiz badannya boleh bertambah berganda banyak kali selepas hisap darah. 

Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan kembali ke tempat persembunyian mereka.
Pepijat  aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita sedang tidur. Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan akses kepada manusia bagi mencari makan. Pepijat sukar dilihat dengan mata kasar kerana ia bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan walaupun ia kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk. Untuk mencari tempat persembunyian pepijat, anda boleh cuba mencarinya di dalam almari yang terdapat banyak baju-baju, beg pakaian dan sebagainya. Dengan melakukan pemeriksaan yang teliti ianya pasti dapat dikesan dan anda akan menemui serangga penghisap darah ini. 

Terdapat petua jika tempat tidur di dalam bilik kita penuh dengan sarang pijat, kita boleh gunakan kulit buah durian belanda kerana pepijat tidak suka dengan kulit buah durian belanda, sekali dengan ranting dan daun.

Kutu

Gambar dari kucingneko.blogspot.
Kutu adalah serangga yang tidak bersayap dan berukuran kecil, yang dalam bahasa Inggris dipanggil flea (kutu yang melompat) dan louse (kutu yang lebih suka merayap). Salah satu kutu yang mungkin ada di rumah kita ialah kutu kucing atau Ctenocephalides felis yang merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu boleh berjangkit kepada manusia walaupun ia tidak boleh hidup di tubuh badan manusia. Mereka boleh menggigit manusia terutamanya di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitannya boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan. Kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut, bermaksud mereka boleh dibunuh dalam masa 12 jam tersebut jika kita bersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.

Biasanya kucing kita dijangkiti kutu tetapi kita tidak ambil langkah membasminya kerana kita beranggapan kutu kucing atau anjing tidak akan menghingapi badan kita. Jadi, kutu dan hama akan terus bermaharajalela di rumah kita dan lama-lama akan mula 'menyerang' kita pula. Tandanya kita akan sering diserang gatal-gatal di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Salah satu cara senang untuk mencegahnya ialah dengan vakum rumah kita sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Ini dapat menyingkirkan kutu dewasa serta telor kutu. Bersihkan beg vakum dengan cermat kerana dgn membiarkannya tanpa dibersihkan, kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut. Jika masalah tetap serius anda perlu mencari bantuan pakar.

Lagi fakta tentang kutu kucing ini:
  1. Flea boleh menarik bebanan 160 000 kali berat dari berat mereka sendiri, iaitu bersamaan kita menarik 2,679 bas dua tingkat.
  2. Flea boleh melompat 30 000X tanpa berhenti, hebat..
  3. Flea tidak ada telinga dan secara luaran mereka ini buta.
  4. Flea boleh juga penyakit merbahaya kepada manusia, iaitu Wabak Black yang mana flea memindahkan penyakit itu dari tikus kepada manusia padan tahun 1664 di London dan telah membunuh kira-kira 70 000 orang.
  5. Larva flea tidak suka pada cahaya, jadi mereka akan meredah ke dalam kulit berdekatan akar bulu roma dan mendiami tempat yang gelap.
  6. Apabila Flea melompat, kepantasan lompatan itu adalah 50X lebih pantas daripada kepantasan kapal angkasa.
  7. Dalam satu kitar hidup flea, mereka boleh menghasil lebih dari 1 500 telur.
  8. Flea boleh membuat lompatan 150X lebih tinggi daripada tinggi mereka sendiri..
  9. Kitar hidup flea yang biasa kita dengar adalah boleh mencapai 14 hari atau boleh melebihi 12 bulan, bergantung pada jenis dan spesis.
  10. 95% TELUR FLEA, LARVA FLEA, TINGGAL DI SOFA, KATIL, KARPET DAN PERABOT RUMAH (BUKAN DI BADAN KUCING KITA SEBENARNYA)
  11. DENGAN 1 EKOR FLEA SAHAJA, IA BOLEH MEMBIAKKAN LEBIH 1 000 FLEA DI BADAN KUCING ANDA DAN DI RUMAH ANDA DALAM MASA 21 HARI.

Sumber info dari wikihow, wikipedia, mypestnews, kucingneko, dearcats, kawalanserangga, saharol.com

5 comments:

  1. Untuk mengatasi masalah serangga ini, anda juga boleh mencuba produk ini. In syaaAllah berkesan.

    http://m.mudah.my/view?ad_id=52666129#wuGVzkAyZZXdayBp.14

    ReplyDelete

  2. assalamualaikum, untuk masalah anai anai, anda juga boleh menghibungi kami di talian 011-21943495 untuk masalah anai anai dan pelbagai serangga.

    http://www.mudah.my/Pest+Control+Anai+Anai+dan+lain+lain-53017387.htm

    https://www.youtube.com/watch?v=DUwwBnHEE2U

    ReplyDelete
  3. Thanks a million and please keep up the effective work.
    Pest Control

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Aspiring to become an amazing blog writer like the writer of this blog.
    True value pest control

    ReplyDelete