Saturday, 1 October 2016

On 02:47 by    No comments
Elemen air mengalir di taman mahupun halaman rumah adalah sangat menyegarkan mata selain mencantikkan lagi sentuhan estetik landskap sekelilingnya. Ia boleh dibina dalam pelbagai saiz mengikut kemampuan bajet dan kesesuaian keluasan kawasan. Ada yang simple dan kecil yang mampu dibuat sendiri berdasarkan rujukan kerja DIY yang boleh didapati dalam majalah atau di Internet. Tahukah anda selain dari sentuhan kecantikan visual, ia juga mempunyai manfaat dari aspek lain?

Sumber Pinterest

Ketenangan
Kita sentiasa ada masa yang tegang dan fikiran yang kusut dek permintaan kehidupan harian kita. Namun bunyi air mengalir dapat menenangkan fikiran kita di sebalik kesibukan dan ketegangan itu. Air pancut atau water fountains boleh diletakkan di dalam rumah atau di laman untuk mewujudkan suasana yang tenang itu.

Sumber Pinterest


Humidifier
Humid atau kelembapan sememangnya adalah keadaan iklim kita sepanjang tahun. Namun kini global warming menyebabkan kita diserang cuaca panas dan kering seperti El Nino boleh menyebabkan udara kering. Untuk memastikan udara lembab atau humid, kewujudan air pancut yang membolehkan molekul air diresap ke udara akan membuatkan rumah dan laman anda nyaman dan tidak kering dan terlalu panas.

Air purifier elektrik, sumber amazon.com


Kecantikan Visual
Sebagai hiasan rumah dan laman, air pancut mampu mewujudkan elemen mewah dan unik selain membolehkan anda mengekspresskan minat dan daya kreativiti anda. Ia akan menjadi focal point untuk rumah anda, menyambut tetamu dengan penambahan dimensi kecantikan rumah anda.


Sumber Pinterest


Meningkatkan kualiti udara
Kualiti udara juga boleh ditingkatkan dengan pemasangan air pancut. Tidak seperti air purfier elektrik yang bergetar sambil mengeluarkan bunyi dan tidak begitu cantik untuk dilihat, air pancut sebaliknya menghasilkan bunyi yang semulajadi dan menyejukkan mata. Ia juga menghasilkan ion negatif yang boleh menarik habuk dan debu dari udara.


Sumber houzz.com

Meningkatkan nilai jualan semula rumah
Dengan pemasangan air pancut, jika anda bercadang menjual rumah anda di masa hadapan, harga rumah anda boleh ditambah lagi dengan elemen air ini. Walaupon kos pemasangan untuk kolam yang besar agak tinggi, ia tetap berbaloi sebagai sebahagian dari aset anda.


Banyak manfaat, yang paling penting kita dapat hidupkan ketenangan dalam rumah dan laman kita dengan elemen air mengalir. Boleh buat sendiri atau upah tukang, yang penting kita tidak perlu tunggu lawat spa untuk tenang, buat saja suasana spa di rumah sendiri, kan?

0 comments:

Post a Comment