Antara rumput di kebun kami: rumput karpet, rumput mutiara dan rumput batik.

Kami menawarkan 5 jenis rumput untuk dipasang. Rumput-rumput ini mempunyai harga dan cara penjagaan yang berbeza, serta kesesuaian tanah dan keperluan cahaya yang berbeza.

Rumput Mutiara (Pearl Grass)



Rumput ini perlu air yang banyak, tidak perlu cahaya matahari terlalu banyak (4-5 jam sehari), boleh hidup di kawasan redup.

Rumput Padang (Cow Grass)


Paling senang tumbuh tetapi perlu potong kerap kerana senang tumbuh, boleh hidup dalam keadaan redup, biasa ditanam di padang permainan atau kawasan besar.

Rumput Karpet jenis Philippines


 Rumput ini cantik tetapi perlu penjagaan rapi, selepas ditanam mengambil masa yang lama untuk tumbuh subur dan cantik (4-6 bulan). Perlu cahaya matahari yang banyak (6-8 jam sehari). Di awal  pertumbuhan perlu banyak air , selepas sudah tumbuh subur boleh bertahan tanpa siraman untuk 2-3 hari.

Rumput Karpet Jenis Japanese



Rumput ini sama penjagaan dan keperluan seperti rumput karpet Philippines, cuma ia perlu dijaga lebih teliti. Beza dengan rumput Philippines ialah daunnya lebih halus dan warna lebih cerah.

Rumput Batik atau Varigata


Rumput ini sama penjagaan dan keperluan seperti rumput mutiara. 

0 comments:

Post a Comment